Bacaan Doa Selepas Solat :) Amalkan ya !
Meet Ustazah Nana :)
Tuesday 14 February 2012
Wednesday 1 February 2012
Tajuk 3 : Solat Sunat Tahajud
~ Bahasa : Meninggalkan tidur
~ Istilah : Solat sunat yang dilakukan setelah terjaga dari tidur pada waktu malam walaupun tidur hanya sebentar
Waktu
~ selepas solat Isya' hingga terbit fajar
(waktu yang afdal : sepertiga malam yang terakhir)
Bilangan Rakaat
~ sekurang-kurangnya 2 rakaat satu malam.
~ boleh dilakukan seberapa banyak mengikut kemampuan samada berjemaah atau bersendirian
Dalil
Firman Allah Taala :
ومن الليل فتهجد به نافلة لك عسى أن يبعثك ربك مقاما محمودا
Maksudnya : "Dan di sebahagian malam itu, hendaklah engkau bertahajjud sebagai nafilah (tambahan) untukmu. Semoga Tuhan engkau akan mengangkat engkau ke suatu tempat (kedudukan) yang terpuji"
Sunday 29 January 2012
TAJUK 2 : KHUTBAH JUMAAT
- ucapan atau syarahan yang disampaikan oleh khatib sebelum solat Jumaat yang mengandungi nasihat , peringatan dan pengajaran.
khatib sedang berkhutbah |
- Puji-pujian kepada Allah subhanahu wa taala.
- Selawat ke atas Nabi sallallahu alaihi wasallam.
- Berpesan supaya bertaqwa.
- Membaca ayat dari Al-Quran pada salah satu dari kedua-dua khutbah.
- Doa kepada orang-orang mu'min pada khutbah kedua.
Syarat Sah Khutbah Jumaat
- disampaikan setelah masuk waktu solat Zohor
- disampaikan sebelum solat Jumaat
- rukun khutbah disampaikan dalam bahasa Arab
- khatib duduk sebentar diantara dua khutbah
Sunat Khutbah Jumaat
* disampaikan di atas mimbar
* rukun khutbah disampaikan mengikut tertib
* memegang tongkat ketika berkhutbah
* memberi salam sebelum duduk di atas mimbar
* berpakaian kemas
* menyampaikan khutbah dengan fasih dan jelas
* menyampaikan dengan suara yang nyaring dan lantang
* khutbah ringkas dan padat
Friday 20 January 2012
Tajuk 1 : Solat Jumaat
Pengertian Solat Jumaat
- Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar Khutbah Jumaat.
Dalil Solat Jumaat
- Firman Allah SWT:
- Sabda Rasulullah SAW:
"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." (Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim). |
Syarat Wajib Solat Jumaat
- Islam
- Baligh
- Berakal
- Merdeka
- Lelaki
- Sihat
- Bermastautin / bermukim
Friday 25 November 2011
السلام عليكم :)
Jika kamu berhasrat untuk BERJAYA, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut :)
Subscribe to:
Posts (Atom)