Pages

Tuesday 14 February 2012

Wednesday 1 February 2012

Tajuk 3 : Solat Sunat Tahajud




Pengertian 
~ Bahasa : Meninggalkan tidur
~ Istilah : Solat sunat yang dilakukan setelah terjaga dari tidur pada waktu malam walaupun tidur hanya sebentar

Waktu
~ selepas solat Isya' hingga terbit fajar
   (waktu yang afdal : sepertiga malam yang terakhir)


Bilangan Rakaat
~ sekurang-kurangnya 2 rakaat satu malam.
~ boleh dilakukan seberapa banyak mengikut kemampuan samada berjemaah atau bersendirian


Dalil 


Firman Allah Taala :
ومن الليل فتهجد به نافلة لك عسى أن يبعثك ربك مقاما محمودا
Maksudnya : "Dan di sebahagian malam itu, hendaklah engkau bertahajjud sebagai nafilah (tambahan) untukmu. Semoga Tuhan engkau akan mengangkat engkau ke suatu tempat (kedudukan) yang terpuji"

Sunday 29 January 2012

TAJUK 2 : KHUTBAH JUMAAT



Pengertian Khutbah Jumaat
  • ucapan atau syarahan yang disampaikan oleh khatib sebelum solat Jumaat yang mengandungi nasihat , peringatan dan pengajaran.
khatib sedang berkhutbah
Rukun Khutbah

  1. Puji-pujian kepada Allah subhanahu wa taala.
  2. Selawat ke atas Nabi sallallahu alaihi wasallam.
  3. Berpesan supaya bertaqwa.
  4. Membaca ayat dari Al-Quran pada salah satu dari kedua-dua khutbah.
  5. Doa kepada orang-orang mu'min pada khutbah kedua.

Syarat Sah Khutbah Jumaat
  • disampaikan setelah masuk waktu solat Zohor
  • disampaikan sebelum solat Jumaat
  • rukun khutbah disampaikan dalam bahasa Arab
  • khatib duduk sebentar diantara dua khutbah
Sunat Khutbah Jumaat
   * disampaikan di atas mimbar
    * rukun khutbah disampaikan mengikut tertib
    * memegang tongkat ketika berkhutbah
    * memberi salam sebelum duduk di atas mimbar
    * berpakaian kemas
    * menyampaikan khutbah dengan fasih dan jelas
    * menyampaikan dengan suara yang nyaring dan lantang
    * khutbah ringkas dan padat




Friday 20 January 2012

Tajuk 1 : Solat Jumaat

Pengertian Solat Jumaat



Dalil Solat Jumaat

  • Firman Allah SWT:
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-Jumu'ah: 9) 
  • Sabda Rasulullah SAW:
"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." (Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim).

Syarat Wajib Solat Jumaat
  1. Islam
  2. Baligh
  3. Berakal
  4. Merdeka 
  5. Lelaki
  6. Sihat
  7. Bermastautin / bermukim